Ahad, 15 Februari 2009

HORMAT PENGAKAP

Hormat Pengakap

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.



Sumber : http://scout.nohal.com/

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Pertama - Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Kedua - Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

Ketiga - Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

Keempat - Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

Kelima - Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

Keenam - Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

Ketujuh - Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

Kelapan - Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

Kesembilan - Pengakap itu jimat dan cermat

Kesepuluh - Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Rabu, 4 Februari 2009

PERSETIAAN PENGAKAP


Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia,
yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya,
akan,


Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap.