Selasa, 31 Ogos 2010

SEKALI BERPENGAKAP, TERUS BERPENGAKAP.

Salam 1 pengakap buat semua persaudaraan pengakap.

Lama sudah tidak menulis dalam ruangan ini. Banyak cabaran dan dugaan yang relah dihadapi dalam hidup ini. Kepelbagaian inilah yang mampu mendewasakan kita. Perjalanan hidup mengajar manusia untuk mengerti kepelbagaian ragam dan kerenah atau telatah manusia.

Semakin lama kita meneruskan hidup ini, kita belajar untuk mengenal erti kawan dan lawan. Kadang kala kita menyangkakan seseorang itu kawan, namun sangkaan kita nyata silap andai kawan itu mengkhianati kita. Sedih, mungkin itu yang akan dirasai. Bersedihlah dahulu, kemudian bangkit semula dengan azam dan tekad yang baru.

Tiada permusuhan yang dianjurkan dalam dunia pengakap ini. Baden Powell telah memesan kepada anak didiknya untuk sentiasa berhati-hati dengan persekitaran. Pelbagai ancaman dan cabaran yang terdapat pada persekitaran. Namun begitu, dengan ilmu yang betul, pengakap akan mampu meneruskan perjalanan hidupnya.

Semoga kita belajar dari kesilapan. Kesilapan mengajar erti dewasa. Sampai berjumpa lagi...

Wallahuallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan